Tuesday, February 19, 2013

MAHABBAH

 assalamualaikum :)

alhamdulillah,,I'm having such  a blessed n  great holiday right now -midsem break. so , I decided to update my blog !!!gle lame x update,,!!!

oklaaa,,tonight's post is about  'MAHABBAH' which means kasih sayang. just nak share one story that make my heart really touched n already famous amos pon criter ni,,,tapi,,tapi,,i update dis not for others only but to remind my self too so lets read together!!!

*AWAS!!CRITER INI AGAK PANJANG!!HARAP DAPAT MEMBACANYA DGN PENUH SABAR,,,


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak 


kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik 

dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik 
juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak 

jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan 

anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian ,,,,


Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 




Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang 

Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata 

dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di 

mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak 

balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan 

tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di 

padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana 

semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja 

sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu 

mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan 
memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi 

payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua 

bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-

anak Mak apabila pulang dari berjalan. 


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak 

buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan 

kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. 

Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. 

Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak 

Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau 

Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak 

tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah 

bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak 

berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke 

rumah. Lutut Mak sakit lagi. 


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci 

pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh 

koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup 

membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak 

Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira 

menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak 

jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya 

anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh 

koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah 

bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak 

boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan 

berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-

anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk 

bersama Mak di meja makan setiap malam. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh 

ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 


Beberapa tahun kemudian ,,,

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. 

Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan 

tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-

anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 



Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. 

Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone 

berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan 

kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak 

Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas 


bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang 

sempat mengangkat jenazah Mak dalam 

hujan renyai. 



Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang 

akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana 


Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin 

menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin 

dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu 

dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain 

yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini 

tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana 

mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan 

Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah 

Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, 

kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat 

kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari 

kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan 

"Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 


subhanallah,,,such a great n touched 

story,,hopefully we can take ibrah 

from dis story,,

yes,,sometimes ,,i do agree with the 

statement that said :ibu 

sorang bole jg 10 ank,,,but blom tntu 10 ank 

bole jga sorang 

mak,,,


nauzubillah,,smg kte dijauhkan ,,,

MUSLIMAH #1


alhamdulillah 4 evrything we have until now,,,,,,,,,
betul3(upinipin),,,wanita ni like bnda yg plingggggg cantik and worth,,,thats why ditashbihkan(diumpamakan) sprti btterfly yg ade kat dlam jag,,
wanita or girls ni akan lbih rse protective ble dilindungi orr di'covered' something sbb tulah Allah asked us to : 


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ 
منْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanyaDan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)



وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُ
تَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)


 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى 
أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

ALLAH asked us to,,,,,,,,,, COVER OUR AURAH!!!